Misteri Wanita Yang Perlu Lelaki Faham
Setiap pria memiliki pandangan masing - masing yang berbeda - beda terhadap wanita. Ada yang mengatakan jika wanita sangat sulit untuk dipahami dan ada yang mengatakan wanita tidak terlalu sulit untuk mengerti perasaan mereka.
Pandangan ini mungkin
betul atau mungkin salah. Bagi setengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar
difahami.
Persoalannya, apakah lelaki mampu untuk memahami seorang wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu
ketahui?
SENSITIF
Bukan bermaksud suka
merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang
wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu
bermakna dia sedang menangis dalam hati
CEREWET
Bukan bermaksud
‘fussy’ tidak tentu arah, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali
sekali. Ikuti saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh
tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.
HALUS
Ibarat sehelai sutera,
cantik, mulus, lembut dan mudah tercabik dan koyak. Walaupun seorang wanita
memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat
kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.
IKHLAS
Ikhlas seorang wanita
tak perlu diragui. Semua wanita mau jika seorang lelaki yang ia cintai sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.seperti kebanyakan
wanita ikhlas dalam menjalani hubungan.
PERASAAN (Romantis)
Wanita suka jika
sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau
sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa
dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan
keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang
prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
MANJA
Walaupun dia adalah
seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang
wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga
dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.
EGO
Wanita yang terlalu
sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang
dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam
matanya, dia akan cair seperti coklat!!
CINTA
Cinta pertama bagi
wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya
pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh
seolah-olah tidak berminat.
Namun selepas ganggang
telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!
SEKS
Seks bukanlah
segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan
satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu
saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar
lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Persoalannya adalah : apakah anda
sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat
dalam usaha anda untuk memahami si dia? jangan pernah menyakiti hati maupun fisik seorang wanita karena wanita adalah makhluk yang lemah didunia ini.
0 comments:
Post a Comment